Wednesday, December 30, 2009

aku hanya bergurau

dalam kehidupan seharian kita ini
pasti tidak terlepas dgn gurau senda
berjenaka dengan rakan2

jenaka ini amat baik sekali kerana
dengan jenaka ini
sedikit sebanyak membantu
merapatkan hubungan antara sesama kita

gurau senda itu sesuatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperolehi kesejahteraan, ketenangan dan terlepas daripada keresahan dan ketegangan.
secara tidak lansung membantu kita utk relax sebentar

yela..tak kan nak serius je sepanjang masa kn
nanti orang kata kita tiada sense of humour pula kn

tetapi secara tidak sedar
kadang2 kita memasukkan unsur penipuan dlm jenaka kita
kerana kita mmg mahu org gembira..dan tiada apa pada masa itu yg boleh dijadikan bahan jenaka
jadi kita menipu sedikit..mereka sesuatu bertujuan utk berjenaka

ayt biasa yang kita akan sebut
"aku main-main jela tadi"
"hehe..saja je main-mainkan kau..nk hilgkn suasana serius ni je"


“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."
riwayat muslim


“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”
riwayat tarmizi

kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa tidak dibenarkan menipu walaupun sekadar utk menggembirakan orang lain
kerana mungkin dengan penipuan itu akan menyebabkan orang tidak mempercayai kita lagi

yela..mmg la gurauan itu penting
even dalam satu suasana yang tegang yang menyebabkan kita rasa perlu utk berjenaka
jadi kita pun mereka-reka satu jenaka
hanya bertujuan untuk menceriakan keadaan
then benda ni akan jadi kebiasaan

mula menipu sedikit2
akhirnya jika dah terbiasa menipu
sush sedikit orang nk percaya kita
aku takde lah kata akan hilang kawan
orang maybe akan suka jika kita selalu berjenaka

cuma akan hilang kewibawaan kita
dalam urusan2 serius
orang akan susah mempercayai kita

“aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”
riwayat abu hurairah

nabi juga suka bergurau..digambarkan nabi itu juga sebagai orang yang kelakar


Al-Hassan berkataSeorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bekata “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah bersabda “Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga"

Al-Hassan berkata "Lalu menangislah si perempuan tua itu"

Maka dengan segera Rasulullah bersabda Katakan kepada perempuan itu, bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua. Lalu dibacakan firman Allah Ta‘ala yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”

riwayat at-tirmidzi


Dalam satu peristiwa yang lain lagi bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam telah bersenda gurau dengan memanggil ’Anas Radhiallahu ‘anhu orang yang memiliki dua telinga.

Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai orang yang memiliki dua telinga.”

riwayat at-tirmidzi

Di dalam hadits ini Rasulullullah memanggil ‘Anas Radhiallahu ‘anhu dengan “dua telinga” bermaksud orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian apa yang dicakapkan kepadanya.


mgkin cerita-cerita ini agak common..tp still..cerita ini sangat memberi pengajaran
bahawa rasulullah juga bergurau..namun dia tidak mereka-reka gurauan itu
apa yang baginda cakapkan hanyalah yang benar semata-mata

masya-Allah
bagaimana pula dengan kita??

jadi..berwaspadalah apa yang kita perkatakan seharian
kerana mgkin penipuan yang kita lakukan itu
akan memberatkan timbangan kejahatan kita

kita mmg akan gembira mendengar jenaka2
kita juga suka gelak-gelak smpai cramp perut
perkara-perkara ini sangat meyukakan hati
kerana mmg fitrah manusia ingin mencari hiburan
dan menyukakan diri

cuma kdg2 kita perlu sedar
agama islam tidak menggalakkan kita bergurau senda secara berlebihan
atau bergurau terhadap perkara yang sia-sia
kerana gurauan akan membuatkan kita ketawa berlebihan
dan boleh menyebabkan hati menjadi keras
dan utamanya melalaikan dari mengingati Allah

boleh bergurau..tp agak-agak la sedikit

Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.

riwayat at-tirmidzi


(ada satu lagi cerita..lagi menarik..tp tidak tahu isi penuhnya..akan dipastikan dan akn dipostkn kembali.iA)

allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa

2 comments:

Anonymous said...

thanks hanis. dah lama aku carik hadis yang pasal takboleh tipu even dalam bergurau tu.^^

hanis fozi said...

oo.ok2..no hal bro.
sekadar menulis apa yang termampu