Thursday, December 31, 2009

program semai mesra - langkah bermula

(di copy paste dari sumber-sumber lain)

utk memudahkan anda..perkara penting akan dihighlight dgn warna merah
utk pengenalan, kepada siapa yang ingin mengetahui apakah program ini
sila klik link di bwh..hanya pengenalan program semata-mata
boleh skip jika kesuntukkan masa

http://www.ismaaustralia.com/langkah-mula


di bawah adalah emel utk memudahkan perjalanan kita

AKHI HANIS PLS REFER BELOW. JZKK

---------------------------------------------------

Lokasi: Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)
Tarikh: 8-10 Januari 2010 (kumpul antara 3pm-5pm Jumaat -bersurai 2.30pm Ahad)
Bayaran: RM50 (utk aktiviti, makanan dan penginapan selama 3 hari 2 malam)


BAGAIMANA PERJALANAN PADA HARI JUMAAT, 9HB JANUARI?

Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:

1. Kenderaan sendiri

· Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.

· Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.

· Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.

· Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.

· Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan

· Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.

· Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.

· Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.

· Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.

· Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.

· Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.

· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertkan sekali map ke lokasi Semai Mesra.

(sila klik utk men-download)


2. Pengangkutan awam

· Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.

· Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.

· Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:

o Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)

o Sisters – Aishah Md Ali (019-6611782)

· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Shah Alam antara jam 3.00-4.00pm.


APAKAH TENTATIF SEMAI MESRA?

Tentatif program adalah seperti attachment.

Seperti yang tertera pada tentatif, pada jam 3.00pm semua peserta boleh bersurai dan memulakan perjalanan kembali ke kediaman masing-masing. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Stesen KTM Padang Jawa pada sesiapa yang perlu. Bagi yang akan diambil oleh ibubapa, boleh nyatakan pada mereka untuk tiba sekitar jam 2.30pm-3.30pm dan tunggu di kawasan letak kereta.

(tentatif akn diletakkan di bwh dlm bentuk jpeg)


APA YANG PERLU SAYA BAWA KE PROGRAM?

Di lokasi, anda akan ditempatkan di salah sebuah rumah, yang dapat menampung seramai 10-20 orang bagi sebuah rumah. Jika anda pernah kesana, kita akan mendiami Kg Idaman. Berikut senarai barang-barang keperluan yang kami rasa perlu anda bawa:

  • Pakaian Casual (2 atau 3 pasang) – untuk sesi suai kenal, forum, slot-slot dan bengkel
  • Pakaian Sukan (termasuk kasut) – untuk sesi riadah dan team building
  • Toiletries & Tuala
  • Pen dan buku catatan
  • Sleeping bag/selimut (jika ada) – optional
  • Bantal – optional
  • Ubat-ubatan – jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dijaga
  • apa-apa yang dirasakan perlu
Diharapkan para peserta memerhatikan batas-batas aurat dan membawa pakaian yang sopan dan sesuai. Juga diharapkan supaya para peserta meminimakan dalam membawa barang-barang yang berharga seperti barang kemas atau barang-barang elektronik. Terima kasih.


Sekian dulu dari kami. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk tiba di Program Semai Mesra dengan selamat, insyaAllah. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang pertanyaan lagi yang tidak dijawab oleh email ini, boleh email kepada kami atau menghubungi wakil-wakil kami

Norzafry 019-6611783 atau Aishah 019-6611782

Semoga bertemu kita di Program Semai Mesra!

Wassalam.

--
Semai Mesra Committee
"Langkah Bermula"


di bawah adalah tentatif program

(sila klik utk men-download)


di bawah adalah video promo utk prog ni
menarik dan best
http://www.youtube.com/watch?v=qonl7CNwBns&feature=player_embedded

utk pelajar2 kmb yang berminat
sila sahkan kedatangan anda kepada
asyriq helmi -0126066657
hanis fozi -0132007015

kepada yg tidak fly ke oz or nz
anda juga dijemput utk join
pengisiannya adalah persiapan utk ke oversea
jadi semua bolej join
ajk kwn2

dan jom ke sana!!!!

0 comments: