Monday, June 14, 2010

REJAB : untold

sekarang ni dah masuk bulan rejab kan
xlama lagi dah nak masuk ramadan
huhu..kira orang dah start 'practice' puasa balik
nk test power blk
takut bulan ramadan nnt kantoi pulak

dulu..aku selalu diuar-uarkan
psl kelebihn bulan rejab ni
korang pn konfem pernah dgr
psl yang hari2 dlm rejab tu
hari 1st dpt apa
hari 2nd dpt apa
smp la hari terakhir
(ke ini bulan ramadan punya??)
xkesahlah
yang pnting still ada la kelebihan bulan rejab yg tersendiri

jadi aku pn buat sedikit kajian
bukak internet sedikit2
baca buku sedikit2
tanya2 kat orang banyak2

so this are my findings :


menurut yusuf al qaradhawi

1. Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya, iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.


"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
(taubah : 36)

2. Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

3. Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.
................................................................................................................................................................

ada banyak lagi yang ditulis
cuma aku xlarat nk copy paste
the idea is

1. tiada fadilat khusus utk bulan rejab. juz fadilat umum utk keempat2 bulan haram
2. kita tidak boleh bersikap semborono apabila membaca sesuatu atau terdengar sesuatu..wajiblah bagi kita menyiasat darjat hadis yang kita dengar itu
(kalau nk baca buku lebih elok kalo ada nota kaki yg tertulis sumber2 rujukan..kalau tiada susah utk memastikan kesahihannya)
3. rejab masih ada kelebihannya sebagai bulan haram..jadi mari berpuasa REjab!!
4. sebar2kanlah mesej utk memberitahu ummat utk berpuasa rejab ye


allahualam
p/s :hanya meng-copypaste jk ada yg tlupa

0 comments: