Saturday, November 14, 2009

bertenang...

duhai kasih cuba kau dengarkan
isi hati penuh kejujuran
dengan sepenuh keikhlasan
ku dambakan pengertian

jangan kau dengar fitnah dunia
kerana ia dusta semata
menghancurkan kesucian
jalinan kebahagiaan

sebenarnya aku merasa
sinar cahaya yang gemilang
ketika kau beriku harapan
dan sering aku harapkan
cinta berlandas keimanan

aku cuba sedaya upaya
agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
kerana pasti aku
yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
bersama mengharapkan
ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahagia

aku akui
seketika
terlontar ke dunia khayalan
hingga terlupa singkat perjalanan
aku kini sedar
terjaga dari lena
dibuai lembut belaian cinta

aku akui
bukan mudah
bernafas dalam jiwa hamba
aku kini cuba
menghindarkan pesona maya
kerana tak upaya untukku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

layakkah aku mncintai
sblm dicintai yang Maha Mencintai
antara cinta manusia n cinta Allah
aku memilih

cinta Allah

atas nama cinta
pada yang selayaknya
kunafikan yang fana
moga dalam hitungan
setiap pengorbanan
agar disuluh cahaya redha-Nya

saratkan hati ini dengan cinta hakiki
sehingga aku merasai
nikmatnya Cinta-Nya

bersabarlah hati...
cinta itu milik Allah

1masa nnt..
pasti tiba masanya

semoga hingga saat itu
dikurniakan kesabaran n ketabahan

buat masa ini
bertenanglah...

0 comments: