Wednesday, June 23, 2010

cuti = menganggur.....NOT!!!

tribute to blog yard (http://yardd.blogspot.com)

uh seronok betol aku tgk budak2 kmb ni bercuti.sakan
mcm ni cuti last (ok..mgkin aku saja hiperbola sedikit)
huhu..baguslah..pergi bercuti.rehatkan diri..tenangkn minda
selepas dah refresh blk..bolehlah smbung kehidupn seharian

apa nk isi masa cuti ni??
kalau budak2 australia yg buln 7 lagilah..singkat giler
tp singkat2 pn.xkn nk melepak je rumah kn
penat tuh melepak 2bulan

so..apa kata kita kerja
xyh kerja susah2
ringan2 jer..mgkin ofer kt jiran2 nk bsuh kereta diorg setiap hujung minggu
satu kereta charge la rm7 (harga kedai bp??pastikn murah dari harga kedai la ye)

or xnk basuh kereta..penat??..serius penat.aku dah try
so apa kata jual air minuman sejuk kt padang prmainn tmn perumhn korg
aku jual nata de coco (cmni ke eja?) dpn umh aku
pergh..laku bai..beli byk2 kt sg kelambu(banting) dapat murah
pastu jual mahal2 kat budak2 tu..satu cwn boleh untung 70sen mksimum
dah sejuk, manis pulak tu..knfem budak2 beli
(lagi elok kalo dpt permit dulu la yer)

xnk gak??
xpelah..korg pk la sndiri nk buat apa
coz bnd tu bkn main point aku skrg

point utama aku skrg
jgn duduk melepak je kt umah tu
pergi la rajin2kn diri cari kerja

coz org yang xbuat apa2 nih (menganggur)
mgkin akn ada kcnderungan utk mls berfikir
hasilnya
dia akn mula berangan2 jauh
mengelamun sorg2

dengan ini kita akn mudah terperngkap dlm godaan syaitan

yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya), dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya." Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
(an-Nisa : 118-119)

Al Allamah al-Manawi berkata
"sesuatu yg pling jht adlh penganggurn. Mereka adlh org2 yg sering mengisi batinnya dgn hal2 mubah dgn alsn utk mnmbh amaln agamanya. zahir mereka mnjadi ksong smntara dlm batin mereka lmbt laun bersaranglh setan kmudian bertelur, menetas n berank dgn sgt cpt brgsiapa xmmberi mnfaat kpd mnsia dgn ssuatu pbuatan ertinya dia telah mmpersmpitkn kehidupn.Org sprti ini xada mnfaat selain mnyusahkn khidupn n mnaikkn harga2 brg"

"pengangguran mnyebabkn hati keras"
-HR asy-syihab dan ibnu asakir-

jelasnya..pengangguran disni mksudnya org yg sngaja tidak bbuat apa2 sdgkn dia mmpu melakukn sesuatu..easy way to say is..kita msti keluar rumah n mmberi mnfaat kpd mnsia lain
eg..bekerja (dgn bekerja kita akn meringankn tugas majikan, mngurangkn bebann ibubapa..etc)

kalau hndak mnjadi seorang muslim yang baik..kita msti perlu ada usaha utk memajukn diri sndiri di smping berusaha utk mmnfaatkn org lain n mengelakkn dari mnyusahkn orang lain walopn ibu bapa kita sndiri
mmglah..xdinafikn..kita masih pelajar..masih di bwh tnggungn ibu bapa

tp kita da 20 tahun!!!xknlah nk mgharap kpd ibu bapa lagi
mgkin sudah tiba masanya kita keluar mncari pndptn sndiri walopn hanya bbrp ratus sebuln
dgn lgkh ini jugak.secara xlnsung..
kita dpt menyakinkn ibu bapa kita yg kita sudah mmpu berdikari (walopn xsepnuhnya..but it is the 1st step)
ibu bapa akn lebih yakin dgn kewibawaan kita lntas xkn rasa ragu2 utk melepaskn kita mnjalani aktiviti seharian

akhirnya mmbw kpd mudahnya utk berdakwah (makin sng juga nk mntk izin kawin..ehem)
apabila mndpt skongn ibu bapa..insyaAllah usaha dkwah akn lebih lncar

"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan"
(ar-rahman : 29)

amboi..tuan kita bz giler..tp kita pulak sbgai hamba goyang kaki

ni mcm diibaratkn kita masuk rumah someone tu n lihat orang gajinya sdg sibuk mmbelek mjlh n tuannya pula sibuk lintang pukang siapkn air utk kita
apakah??

plus..jika kita mmpunyai harta (sesuai ke guna prkataan ni??xpelah nk guna jugak)
kewibawaan kita smkin tnggi di sisi msyrakat
org lebih pndg individu yg berharta cmpare dgn org miskin
betul ke??..betul la kot..da statistik ckp cmtu

oleh sbb munasabb ini..kewajipan kita utk mncari harta perlu smkin tnggi

harta juga mmbntu mngktkn ketakwaan kita kpd Allah
"harta kkayaan adlh sebaik2 penolong bagi mmelihara ketakwaan kpd Allah"
-HR ad-Dailami-

so..apa tnggu lagi
jom ramai2 keluar dari rumah..semua cari kerja
biar smpai bankrup gov kita coz ramai sgt mnt kerja sekaligus
(boleh ke kerajaan bankrup bila trlalu ramai rakyat die mnta gaji??)

nway..kpd yg sudah ada usaha utk bekerja..TAHNIAH!!
siapa yg masih belom ada ksmptn utk bkerja..lihat2 peluang2 yg ada k..gudluk!!

btw...sajalah nk promote kt sini..siapa nk buku2 haraki n button badge islamik bgtau aku..mesej ye..nnt aku hntrkn poster kt korg..korg pilih sndiri..harga boleh runding..


allahualam
p/s :hanya mengingtkn jk ada yg tlupa

Monday, June 14, 2010

REJAB : untold

sekarang ni dah masuk bulan rejab kan
xlama lagi dah nak masuk ramadan
huhu..kira orang dah start 'practice' puasa balik
nk test power blk
takut bulan ramadan nnt kantoi pulak

dulu..aku selalu diuar-uarkan
psl kelebihn bulan rejab ni
korang pn konfem pernah dgr
psl yang hari2 dlm rejab tu
hari 1st dpt apa
hari 2nd dpt apa
smp la hari terakhir
(ke ini bulan ramadan punya??)
xkesahlah
yang pnting still ada la kelebihan bulan rejab yg tersendiri

jadi aku pn buat sedikit kajian
bukak internet sedikit2
baca buku sedikit2
tanya2 kat orang banyak2

so this are my findings :


menurut yusuf al qaradhawi

1. Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya, iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.


"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa."
(taubah : 36)

2. Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

3. Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.
................................................................................................................................................................

ada banyak lagi yang ditulis
cuma aku xlarat nk copy paste
the idea is

1. tiada fadilat khusus utk bulan rejab. juz fadilat umum utk keempat2 bulan haram
2. kita tidak boleh bersikap semborono apabila membaca sesuatu atau terdengar sesuatu..wajiblah bagi kita menyiasat darjat hadis yang kita dengar itu
(kalau nk baca buku lebih elok kalo ada nota kaki yg tertulis sumber2 rujukan..kalau tiada susah utk memastikan kesahihannya)
3. rejab masih ada kelebihannya sebagai bulan haram..jadi mari berpuasa REjab!!
4. sebar2kanlah mesej utk memberitahu ummat utk berpuasa rejab ye


allahualam
p/s :hanya meng-copypaste jk ada yg tlupa

Wednesday, June 02, 2010

hina menghina dan dihina kembali dengan hinaan yang hina

bbrp kurun yg lalu (kurun ke??xkot..xlame camtu)..org2 islam msia sibuk diasak plbagai berita yg mengatakn murtad sana..murtad sini..ish2
zaman gelap tu x sah kalau kita xdengar satu berita yg memberitahu seorg lagi
saudara / saudari seakidah kita keluar islam utk memeluk agama lain
yg paling favourite kristian la
jrg pulak dengar org keluar islam coz nk mmeluk agama hindu or budha
entah sbb apa entah..aku pn kurg pasti

nk dipendekkn cerita
sejak saudara2 kita ni keluar
mcm2 fitnah yg diorg bwk kat islam
terlalu byk smp ada yg betol2 mmpu mengubh pggn kita
ada plbagai counter argumnt yg diorg keluarkn utk mmbuktikn islam ni salah
mcm2
jgn nganga pulak kalo ada sbhgian fact tu mmpu mmbuat kita berfikir "betol jugak kn"
pada masa tu..apa yg mmpu kita (org2 biasa ni yg ilmu xsmpi mana) buat adalah
KAMI DENGAR , KAMI PATUH dan BAGIMU AGAMAMU BAGIKU AGAMAKU

juz keep our faith strong

sebenarnya tiada kecatatan dlm islam
cacat itu hanya lahir apabila facts2 diputar belitkn dan dimanipulasi sesedap hati mereka
kalau x pcaya n mahu lebih pnjelasan
tanyalah ustz2 brhmpiran
kita xboleh jump into cnclusion based on our pemikiran akal saja
kalo kita ikut akal je mmg la jadi "betol jugak kn" itu tadi
tapi kalo kita ikut pnjelasn yg sbnarnya barulah dia akn jadi "ah..itu fitnah je"

tp itu bkn point aku
point aku adlh
apbla saudara2 kita ni da berpaling tadah
dia mula buat onar
buat blog yg bukan2
buat post kat facebuk yg bukan2
hntr emel yg bukan2

then kita pulak
rase geram
rase meluat
rase benci

pergi lyn pulak diorg2 ni
caci..maki hamun diorg

saudara jahil : "islam itu salah..buktinya bla2..
kita 1 : "f#@k you!!"
saudara jahil : "suka hatilah awak nk ckp apa..i know the truth
kita 2 : "f#@k you!!"
saudara jahil : knp awak nk mrh2 ni..kita sume ada kbbebasan beragama kn
kita 3 : "f#@k you!!"
saudara jahil : kalau saya slh..buktikn cth2 yg saya bagi tadi salah
kita 4 : "f#@k you!!"
saudara jahil : see my friends..the true face of islam
kita 5 : "f#@k you!!"
kwn saudara jahil : yes..u r rite.thank god i found the truth
kita 6 : "f#@k you!!"

(kita 1, 2, 3, 4, 5 n 6 sume adlh org yg blainn)

OMG..plez stop dis behaviour will u..u making all of us (muslims) look bad

point aku adlh..apbla kita melayan kerenah mereka mmbuta tuli..prkara itu hanya akn mmburukkn keadaan

"mana boleh cmtu..kita org islam.kena pertahankn kesucian islam!!!"
"diorg dah lebih ni..pntang nenek moyang sebelah ayh aku org hina agama2 cmni"
"menyirap aku cmni..jom kita sebulat suara kecam mereka..jom tubuhkn fanclub ' f#@k you!! ' "

uh..bsmangat betol..semngat yg mmg sgt2 diperlukn dlm sume jiwa2 muda islam
ada gak yg aku dgr diorg gunakn flag 'silence is not an option'

yes..it is true..SILENCE NEVER WAS, NEVER WILL BE AN OPTION
tp kalo dengan tidak berdiam diri
n mencaci tidak tntu hala
aku TARIK DIRI

we wil only give them more excuses to say bad things bout islam (sekadar coretan dislikes this)
what can we do if silence is not an option
AHA..bagus soaln tu

  1. kalau kita dpt post2, msj2, blog2, artikel2 etc sebegini..IGNORE jela..jgn dihebahkn...........buat apa dihebahkn??utk 'bersatu' mengecam mereka??to what end??..xperasaan ke kalau mkin byk komen diterima smkin rncak mereka berkarya..kalo tiada yg mlyn lama2 senyap la diorg tu..insyaAllah
  2. kalau kenal org2 yg mengedarkn bnd2 cmtu..ajk la die keluar p mkn nasi lemak sama2..p la mna2 kedai mamak pekena roti canai ke..........utk apa??utk betolkn kembali pmhmn mereka tntg islam..tp jgn la mrh2..xperlu perli2..xperlu saling kutok2 agama masing2..cukup hanya sekadar bersembang..bertukar2 pndpt..(tp ajk la mne2 kwn kita yg fhm byk psl islam ni.kang x pasal2 kita pulak terikut diorg)
  3. kalau x kenal org yg menyabrkn bnd2 cmtu..laporkn kpd pihak berkuasa..lebih elok kalau laporkn kt ustz2 yg kita percayai..........ac2ly dis apply to num 2 also..so no komen
  4. berdoa..........semoga mereka dikembalikn ke jalan yg benar
  5. kuatkan amalan.........semoga kita x terpngaruh dgn bnd2 begini
  6. bykkn bacaan2 ilmiah..........so dat we know more deeply bout our OWN relegion n supaya xmudah ditipu di masa hadapan
  7. luangkn masa dengan fam..........supaya kita tahu setiap tindak tnduk mereka n mengelakkn mereka dari tpngaruh dgn bnd2 cmni
i can go on and on but i thnk u got the idea rite

above all dis
i hav somethng more 2 say
sesuatu yg lebih MENAKUTKAN
lebih MENYAKITKAN

bnd itu dipanggil
TIKAMAN BELAKANG (sekadar coretan dislikes this)

secara sedar atau tidak
secara lnsung atau tidak
sebahagian dari kita
turut mnyumbang kpd perkara2 diatas ni
cmne caranya???

dgn berkelakuan..perckpn..berpakaian..
yg tidak senonoh
scara tidak lnsung pbuatan kita mncerminkn islam itu sendiri
kita mmburukn imej islam scara total
pergh..yg ini lagi berat
org akn lebih mmpercayai perbuatan kita dari prckpn kita
jadi xkesahla apa pn yg kita tegakkn psl islam
kalau perangai tidak senonoh
habislah sume apa yg kita laungkn sebelum ni

'actions do speaks louder than words'

tp bdiam diri yg aku ckpkn tadi
maybe do not apply when they doing domethng far beyond
cthnya pmbunuhan di palestin
isu itu xperlu dismbunyikn
masyarakat perlu tahu apa yg dilakukn kpd saudara2 kita disana

tp still
walaupn kita marah kpd diorg
kita rasa benci tgk diorg buat perkara2 cmtu
itu tidak mmbolehkn kita utk melakukn pbuatn yg diluar lnkungan akhlak
jagalah akhlak kita
kerana itu mnjadikn kita muslim spenuhnya

plus..it is quite annoyng to see my own people (muslims)
f#@k sana....f#@k sini (dan perkataan yg seumpamanya)
dah xde pkataan lain ke yg boleh dituturkn??

lagipun..aku xphm la
knp nk f#@k plak??
bkn ke bnda tu mksudnya .....................
tp xpela.i'll giv a rest at dat

aku ada solution yg lebih baik
apa kata kalo kita baca qunut nazilah (sekadar coretan likes this)
itu pn kecamn gak
malah lebih baik lagi dari sume cacian yg kita keluarkn
jadi doa utk kita
sila rujuk sini

http://hanisfozi.blogspot.com/2009/09/qunut-nazilahapa-ini.html

apa yg ditulis hanya pendapat individu
dan dirujuk pendapat2 pakar
tetapi secara general bkn hasil tgn ulama
hanya coretan seorang individu yg mgkin ada silapnya

allahualam
p/s :hanya mengingtkn jk ada yg tlupa

Sunday, January 31, 2010

what have i done?

aku memang minat jaket

dalam koleksi aku sekarang
aku dah ada hampir 7 jaket
xpakai pun
juz simpan
sbb minat
coz dia agak stylo
.................................................

harini aku beli lagi satu jaket
kaler putih
mula2 rasa tak pe kot
coz xde lagi kaler putih
..................................................

dlm bas aku fikir kembali
utk apa jaket ni?
..................................................

oh ya
aku dah dapat jawapannya
kn aku mmg suka kumpul jaket
so juz nk puaskn nafsu
yes!..aku berjaya menenangkan hati
dgn menipu diri sendiri
...................................................

kembali berfikir
utk apa jaket ni?
rm88 terbazir utk apa?
...................................................

manusia tidak pernah puas dgn apa yg ada
aku kalah dgn nafsu

"where is the money for the ummah?!!"
rm88 for the ummah is used for my own satisfaction

for all my brothers and sisters in all over the world
palestin.....
chechnya.....
thailand.....

im really sorry
maaf sgt2


haih
sesal dan pilu

jahilnya aku, engkau dan mereka

aku melihat sikap sesetengah manusia ni
riak dgn ilmu sendiri
bangga dan ada ego yang tinggi
(termasuklah diri yg bercakap)

terutamanya individu2 yg dah lama 'berkecimpung' dalam dakwah ni
mereka merasakan bahawa mereka dah banyak ilmu
dan sudah 'makan asam garam' lebih dari org2 yg lain

jadi mereka sush nk menerima nasihat
x berpuas hati jika mndengar pengisian yg sama berulang kali coz rasa dia dah mahir bab tersebut
bila org lain cuba mengeluarkan pendapat, mereka akn cuba mematahkan hujah2 org lain dgn cara yg (tidak disedari) tidak disukai...
hanya pendapat mereka yg paling betol (coz diorg dah mkn asam lemak manis lebih dari org lain kan)

"aduh, asyik2 ceramah tajuk yg sama je. aku dah bosan dengar"

"ala, aku taula benda tu.Kau tak yah nasihat aku pun tak pe. ko igt aku ni bodoh ke?"

"salah la pendapat kau tu..mcm ni sebenarnya..bla2"

sikap2 sedemikian lama kelamaan akan menimbulkan satu perasaan repulsive kpd org lain
masyarakat akn mula menjauhkan diri dari org2 sebegini

kesian...
maybe niat dia itu tidak salah
jiwa muda.
biasalah kan
kita mmg suka dipuji org
tipu la siapa yg ckp dia tak suka dipuji

cuma silapnya
dia menggunakan agama utk mndapat pujian

belajar ilmu agama byk2
tp utk apa?
ilmu itu hanya diluahkan
tapi tidak di AMAL kan

bila berceramah...hebat
bila beribadah...hebat
bila berakhlak???

"karena dia melihat dirinya serba cukup." Al 'Alaq :7
(sila rujuk tafsir utk apa ayat ini diturunkan)


dlm kes kita ni..aku analogikan kpd mereka2 yg merasakan ilmu sendiri dah banyak


"Apakah yang menghalangi engkau untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruh engkau?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Al A'raaf : 12

maybe manusia juga mmpunyai sikap sebegini..
merasakan dia lebih baik dari sebahagian yg lain atas kemuliaanya

aku berpendapat..sikap sesetangah dai muda ni
dia merasakan agama itu milik dia
hanya dia yg layak utk mengembangkan agama
apabila berjumpa dgn org lain yg dirasakan tidak 'semulia' dia
dia tidak mahu menyerahkan amanat islam itu kepada org lain itu
apakah???so..bila kita nk membiak ni?
(cermin diri sendiri)

org2 macam ini..
terlalu ikut hawa nafsu
dahulukan kepentingan diri

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
Al Jaatsiyah : 23




ada satu kisah
kwn aku ikut satu program ni
jadi faci..kem motivasi di ...........................

diorg anjurkan forum
kwn aku tu jemput murabbi die dtg utk jadi speaker forum

pendek cerita
murabbi kwn aku tu tegur sedikit ikhtilat yg boleh diperbaiki
tp hanya beritahu kwn aku utk disampaikan kpd teman2 yg lain

then kwn aku bagitau kpd sume org teguran itu dgn direct (ni lah slh die kat sini kot)
ada beberapa org tidak berpuas hati
dgn alasan sepatutnya kwn aku backup kwn2 die sndiri

....................................................
pndpt aku
xperlulah backup kwn sendiri
kalau dah zahir salah

kita mencari reda manusia
kita mencari REDA ALLAH

tp slh kwn aku gak coz direct sgt
myb ada org terasa sbb tu
mgkin kalau dikiaskan, kurg sedikit impaknya


haih
no more talk
islamians are united by akidah
we are an ummah

my mistakes are yours
yours are mine

nasihat menasihati
menerima pndgn org lain
atau teguran org lain

even org tu x 'seusrah' dgn kita
x 'sejemaah' dgn kita
xperlulah nk menegakkan saudara sejemaah dgn kita
kalau dah zahir sesuatu itu salah

WE ARE AN UMMAH RIGHT???
WHAT UMMAH???
I CANT SEE ANY UMMAH HERE.
lets try to act like one now


yakin dan yakin
umat islam itu semuanya bersaudara
dgn persaudaraan itu..kita akan lebih kuat
insyaAllah

jauhilah sifat jahiliyyah!
buang..
buang jauh2

semoga kita terus thabat di jalanNya


allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa

Thursday, December 31, 2009

program semai mesra - langkah bermula

(di copy paste dari sumber-sumber lain)

utk memudahkan anda..perkara penting akan dihighlight dgn warna merah
utk pengenalan, kepada siapa yang ingin mengetahui apakah program ini
sila klik link di bwh..hanya pengenalan program semata-mata
boleh skip jika kesuntukkan masa

http://www.ismaaustralia.com/langkah-mula


di bawah adalah emel utk memudahkan perjalanan kita

AKHI HANIS PLS REFER BELOW. JZKK

---------------------------------------------------

Lokasi: Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)
Tarikh: 8-10 Januari 2010 (kumpul antara 3pm-5pm Jumaat -bersurai 2.30pm Ahad)
Bayaran: RM50 (utk aktiviti, makanan dan penginapan selama 3 hari 2 malam)


BAGAIMANA PERJALANAN PADA HARI JUMAAT, 9HB JANUARI?

Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:

1. Kenderaan sendiri

· Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.

· Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.

· Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.

· Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.

· Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan

· Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.

· Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.

· Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.

· Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.

· Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.

· Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.

· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertkan sekali map ke lokasi Semai Mesra.

(sila klik utk men-download)


2. Pengangkutan awam

· Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.

· Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.

· Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:

o Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)

o Sisters – Aishah Md Ali (019-6611782)

· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Shah Alam antara jam 3.00-4.00pm.


APAKAH TENTATIF SEMAI MESRA?

Tentatif program adalah seperti attachment.

Seperti yang tertera pada tentatif, pada jam 3.00pm semua peserta boleh bersurai dan memulakan perjalanan kembali ke kediaman masing-masing. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Stesen KTM Padang Jawa pada sesiapa yang perlu. Bagi yang akan diambil oleh ibubapa, boleh nyatakan pada mereka untuk tiba sekitar jam 2.30pm-3.30pm dan tunggu di kawasan letak kereta.

(tentatif akn diletakkan di bwh dlm bentuk jpeg)


APA YANG PERLU SAYA BAWA KE PROGRAM?

Di lokasi, anda akan ditempatkan di salah sebuah rumah, yang dapat menampung seramai 10-20 orang bagi sebuah rumah. Jika anda pernah kesana, kita akan mendiami Kg Idaman. Berikut senarai barang-barang keperluan yang kami rasa perlu anda bawa:

  • Pakaian Casual (2 atau 3 pasang) – untuk sesi suai kenal, forum, slot-slot dan bengkel
  • Pakaian Sukan (termasuk kasut) – untuk sesi riadah dan team building
  • Toiletries & Tuala
  • Pen dan buku catatan
  • Sleeping bag/selimut (jika ada) – optional
  • Bantal – optional
  • Ubat-ubatan – jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dijaga
  • apa-apa yang dirasakan perlu
Diharapkan para peserta memerhatikan batas-batas aurat dan membawa pakaian yang sopan dan sesuai. Juga diharapkan supaya para peserta meminimakan dalam membawa barang-barang yang berharga seperti barang kemas atau barang-barang elektronik. Terima kasih.


Sekian dulu dari kami. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk tiba di Program Semai Mesra dengan selamat, insyaAllah. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang pertanyaan lagi yang tidak dijawab oleh email ini, boleh email kepada kami atau menghubungi wakil-wakil kami

Norzafry 019-6611783 atau Aishah 019-6611782

Semoga bertemu kita di Program Semai Mesra!

Wassalam.

--
Semai Mesra Committee
"Langkah Bermula"


di bawah adalah tentatif program

(sila klik utk men-download)


di bawah adalah video promo utk prog ni
menarik dan best
http://www.youtube.com/watch?v=qonl7CNwBns&feature=player_embedded

utk pelajar2 kmb yang berminat
sila sahkan kedatangan anda kepada
asyriq helmi -0126066657
hanis fozi -0132007015

kepada yg tidak fly ke oz or nz
anda juga dijemput utk join
pengisiannya adalah persiapan utk ke oversea
jadi semua bolej join
ajk kwn2

dan jom ke sana!!!!

Wednesday, December 30, 2009

aku hanya bergurau

dalam kehidupan seharian kita ini
pasti tidak terlepas dgn gurau senda
berjenaka dengan rakan2

jenaka ini amat baik sekali kerana
dengan jenaka ini
sedikit sebanyak membantu
merapatkan hubungan antara sesama kita

gurau senda itu sesuatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperolehi kesejahteraan, ketenangan dan terlepas daripada keresahan dan ketegangan.
secara tidak lansung membantu kita utk relax sebentar

yela..tak kan nak serius je sepanjang masa kn
nanti orang kata kita tiada sense of humour pula kn

tetapi secara tidak sedar
kadang2 kita memasukkan unsur penipuan dlm jenaka kita
kerana kita mmg mahu org gembira..dan tiada apa pada masa itu yg boleh dijadikan bahan jenaka
jadi kita menipu sedikit..mereka sesuatu bertujuan utk berjenaka

ayt biasa yang kita akan sebut
"aku main-main jela tadi"
"hehe..saja je main-mainkan kau..nk hilgkn suasana serius ni je"


“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."
riwayat muslim


“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”
riwayat tarmizi

kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa tidak dibenarkan menipu walaupun sekadar utk menggembirakan orang lain
kerana mungkin dengan penipuan itu akan menyebabkan orang tidak mempercayai kita lagi

yela..mmg la gurauan itu penting
even dalam satu suasana yang tegang yang menyebabkan kita rasa perlu utk berjenaka
jadi kita pun mereka-reka satu jenaka
hanya bertujuan untuk menceriakan keadaan
then benda ni akan jadi kebiasaan

mula menipu sedikit2
akhirnya jika dah terbiasa menipu
sush sedikit orang nk percaya kita
aku takde lah kata akan hilang kawan
orang maybe akan suka jika kita selalu berjenaka

cuma akan hilang kewibawaan kita
dalam urusan2 serius
orang akan susah mempercayai kita

“aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”
riwayat abu hurairah

nabi juga suka bergurau..digambarkan nabi itu juga sebagai orang yang kelakar


Al-Hassan berkataSeorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bekata “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah bersabda “Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga"

Al-Hassan berkata "Lalu menangislah si perempuan tua itu"

Maka dengan segera Rasulullah bersabda Katakan kepada perempuan itu, bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua. Lalu dibacakan firman Allah Ta‘ala yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”

riwayat at-tirmidzi


Dalam satu peristiwa yang lain lagi bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam telah bersenda gurau dengan memanggil ’Anas Radhiallahu ‘anhu orang yang memiliki dua telinga.

Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai orang yang memiliki dua telinga.”

riwayat at-tirmidzi

Di dalam hadits ini Rasulullullah memanggil ‘Anas Radhiallahu ‘anhu dengan “dua telinga” bermaksud orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian apa yang dicakapkan kepadanya.


mgkin cerita-cerita ini agak common..tp still..cerita ini sangat memberi pengajaran
bahawa rasulullah juga bergurau..namun dia tidak mereka-reka gurauan itu
apa yang baginda cakapkan hanyalah yang benar semata-mata

masya-Allah
bagaimana pula dengan kita??

jadi..berwaspadalah apa yang kita perkatakan seharian
kerana mgkin penipuan yang kita lakukan itu
akan memberatkan timbangan kejahatan kita

kita mmg akan gembira mendengar jenaka2
kita juga suka gelak-gelak smpai cramp perut
perkara-perkara ini sangat meyukakan hati
kerana mmg fitrah manusia ingin mencari hiburan
dan menyukakan diri

cuma kdg2 kita perlu sedar
agama islam tidak menggalakkan kita bergurau senda secara berlebihan
atau bergurau terhadap perkara yang sia-sia
kerana gurauan akan membuatkan kita ketawa berlebihan
dan boleh menyebabkan hati menjadi keras
dan utamanya melalaikan dari mengingati Allah

boleh bergurau..tp agak-agak la sedikit

Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.

riwayat at-tirmidzi


(ada satu lagi cerita..lagi menarik..tp tidak tahu isi penuhnya..akan dipastikan dan akn dipostkn kembali.iA)

allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa