aku memang minat jaket
dalam koleksi aku sekarang
aku dah ada hampir 7 jaket
xpakai pun
juz simpan
sbb minat
coz dia agak stylo
.................................................
harini aku beli lagi satu jaket
kaler putih
mula2 rasa tak pe kot
coz xde lagi kaler putih
..................................................
dlm bas aku fikir kembali
utk apa jaket ni?
..................................................
oh ya
aku dah dapat jawapannya
kn aku mmg suka kumpul jaket
so juz nk puaskn nafsu
yes!..aku berjaya menenangkan hati
dgn menipu diri sendiri
...................................................
kembali berfikir
utk apa jaket ni?
rm88 terbazir utk apa?
...................................................
manusia tidak pernah puas dgn apa yg ada
aku kalah dgn nafsu
"where is the money for the ummah?!!"
rm88 for the ummah is used for my own satisfaction
for all my brothers and sisters in all over the world
palestin.....
chechnya.....
thailand.....
im really sorry
maaf sgt2
haih
sesal dan pilu
Sunday, January 31, 2010
what have i done?
Posted by hanis fozi at 2:15 AM 3 comments
jahilnya aku, engkau dan mereka
aku melihat sikap sesetengah manusia ni
riak dgn ilmu sendiri
bangga dan ada ego yang tinggi
(termasuklah diri yg bercakap)
terutamanya individu2 yg dah lama 'berkecimpung' dalam dakwah ni
mereka merasakan bahawa mereka dah banyak ilmu
dan sudah 'makan asam garam' lebih dari org2 yg lain
jadi mereka sush nk menerima nasihat
x berpuas hati jika mndengar pengisian yg sama berulang kali coz rasa dia dah mahir bab tersebut
bila org lain cuba mengeluarkan pendapat, mereka akn cuba mematahkan hujah2 org lain dgn cara yg (tidak disedari) tidak disukai...
hanya pendapat mereka yg paling betol (coz diorg dah mkn asam lemak manis lebih dari org lain kan)
"aduh, asyik2 ceramah tajuk yg sama je. aku dah bosan dengar"
"ala, aku taula benda tu.Kau tak yah nasihat aku pun tak pe. ko igt aku ni bodoh ke?"
"salah la pendapat kau tu..mcm ni sebenarnya..bla2"
sikap2 sedemikian lama kelamaan akan menimbulkan satu perasaan repulsive kpd org lain
masyarakat akn mula menjauhkan diri dari org2 sebegini
kesian...
maybe niat dia itu tidak salah
jiwa muda.
biasalah kan
kita mmg suka dipuji org
tipu la siapa yg ckp dia tak suka dipuji
cuma silapnya
dia menggunakan agama utk mndapat pujian
belajar ilmu agama byk2
tp utk apa?
ilmu itu hanya diluahkan
tapi tidak di AMAL kan
bila berceramah...hebat
bila beribadah...hebat
bila berakhlak???
"karena dia melihat dirinya serba cukup." Al 'Alaq :7
(sila rujuk tafsir utk apa ayat ini diturunkan)
dlm kes kita ni..aku analogikan kpd mereka2 yg merasakan ilmu sendiri dah banyak
"Apakah yang menghalangi engkau untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruh engkau?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Al A'raaf : 12
maybe manusia juga mmpunyai sikap sebegini..
merasakan dia lebih baik dari sebahagian yg lain atas kemuliaanya
aku berpendapat..sikap sesetangah dai muda ni
dia merasakan agama itu milik dia
hanya dia yg layak utk mengembangkan agama
apabila berjumpa dgn org lain yg dirasakan tidak 'semulia' dia
dia tidak mahu menyerahkan amanat islam itu kepada org lain itu
apakah???so..bila kita nk membiak ni?
(cermin diri sendiri)
org2 macam ini..
terlalu ikut hawa nafsu
dahulukan kepentingan diri
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"
Al Jaatsiyah : 23
ada satu kisah
kwn aku ikut satu program ni
jadi faci..kem motivasi di ...........................
diorg anjurkan forum
kwn aku tu jemput murabbi die dtg utk jadi speaker forum
pendek cerita
murabbi kwn aku tu tegur sedikit ikhtilat yg boleh diperbaiki
tp hanya beritahu kwn aku utk disampaikan kpd teman2 yg lain
then kwn aku bagitau kpd sume org teguran itu dgn direct (ni lah slh die kat sini kot)
ada beberapa org tidak berpuas hati
dgn alasan sepatutnya kwn aku backup kwn2 die sndiri
....................................................
pndpt aku
xperlulah backup kwn sendiri
kalau dah zahir salah
kita mencari reda manusia
kita mencari REDA ALLAH
tp slh kwn aku gak coz direct sgt
myb ada org terasa sbb tu
mgkin kalau dikiaskan, kurg sedikit impaknya
haih
no more talk
islamians are united by akidah
we are an ummah
my mistakes are yours
yours are mine
nasihat menasihati
menerima pndgn org lain
atau teguran org lain
even org tu x 'seusrah' dgn kita
x 'sejemaah' dgn kita
xperlulah nk menegakkan saudara sejemaah dgn kita
kalau dah zahir sesuatu itu salah
WE ARE AN UMMAH RIGHT???
WHAT UMMAH???
I CANT SEE ANY UMMAH HERE.
lets try to act like one now
yakin dan yakin
umat islam itu semuanya bersaudara
dgn persaudaraan itu..kita akan lebih kuat
insyaAllah
jauhilah sifat jahiliyyah!
buang..
buang jauh2
semoga kita terus thabat di jalanNya
allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa
Posted by hanis fozi at 12:01 AM 0 comments
Thursday, December 31, 2009
program semai mesra - langkah bermula
(di copy paste dari sumber-sumber lain)
utk memudahkan anda..perkara penting akan dihighlight dgn warna merah
utk pengenalan, kepada siapa yang ingin mengetahui apakah program ini
sila klik link di bwh..hanya pengenalan program semata-mata
boleh skip jika kesuntukkan masa
http://www.ismaaustralia.com/langkah-mula
di bawah adalah emel utk memudahkan perjalanan kita
---------------------------------------------------
Lokasi: Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam (dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah)Tarikh: 8-10 Januari 2010 (kumpul antara 3pm-5pm Jumaat -bersurai 2.30pm Ahad)
Bayaran: RM50 (utk aktiviti, makanan dan penginapan selama 3 hari 2 malam)
BAGAIMANA PERJALANAN PADA HARI JUMAAT, 9HB JANUARI?
Tiap-tiap tahun, peserta-peserta akan hadir dengan 2 cara – samada dengan kenderaan sendiri atau dengan pengangkutan awam. Berikut cara-cara hendak ke Semai Mesra:
1. Kenderaan sendiri
· Jika dari K.Lumpur, ambil Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) menghala ke Klang.
· Selepas Plaza Tol Batu Tiga, ambil susur keluar yang ketiga menuju Bulatan Melawati/Persiaran Tengku Ampuan.
· Di bulatan itu, ambil exit ke kanan menuju Persiaran Kayangan.
· Terus sahaja pada Persiaran Kayangan.
· Anda akan berjumpa dengan satu lagi bulatan – ambil exit terus kedepan
· Terus lagi pada Persiaran Kayangan menuju Seksyen 8.
· Selepas beberapa lampu isyarat, anda akan dapat melihat papan tanda menuju Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Belok kanan memasuki Jalan Liku 8/1.
· Terus pada Jalan Liku 8/1 sehingga anda sampai pada perkarangan kawasan letak kereta.
· Jika anda membawa kereta sendiri, anda akan diminta untuk membayar RM1 untuk parking.
· Jika ibubapa anda yang menghantar, katakan anda datang hanya untuk diturunkan – untuk mengelak dari perlu membayar RM1.
· Jika sesat, boleh ikut papan tanda menuju Seksyen 8. Di Seksyen 8, anda akan mendapati papan tanda ke lokasi Semai Mesra. Atau boleh sahaja menghubungi wakil-wakil kami.
· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba disitu antara jam 2.45pm-3.30pm. Disertkan sekali map ke lokasi Semai Mesra.
(sila klik utk men-download)
2. Pengangkutan awam
· Naik komuter (KTMB) pada mana-mana stesen dan turun di Stesen Padang Jawa.
· Setibanya di stesen Padang Jawa, anda akan dapati wakil-wakil kami disana menantikan kehadiran anda untuk dibawa ke lokasi program.
· Jika tiada sesiapa disana, boleh hubungi wakil-wakil kami:
o Brothers – Hafiy Hazmi (013-3710334)
o Sisters – Aishah Md Ali (019-6611782)
· Diharapkan anda dapat merancang masa perjalanan anda supaya tiba di stesen Shah Alam antara jam 3.00-4.00pm.
APAKAH TENTATIF SEMAI MESRA?
Tentatif program adalah seperti attachment.
Seperti yang tertera pada tentatif, pada jam 3.00pm semua peserta boleh bersurai dan memulakan perjalanan kembali ke kediaman masing-masing. Kami menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Stesen KTM Padang Jawa pada sesiapa yang perlu. Bagi yang akan diambil oleh ibubapa, boleh nyatakan pada mereka untuk tiba sekitar jam 2.30pm-3.30pm dan tunggu di kawasan letak kereta.
(tentatif akn diletakkan di bwh dlm bentuk jpeg)
APA YANG PERLU SAYA BAWA KE PROGRAM?
Di lokasi, anda akan ditempatkan di salah sebuah rumah, yang dapat menampung seramai 10-20 orang bagi sebuah rumah. Jika anda pernah kesana, kita akan mendiami Kg Idaman. Berikut senarai barang-barang keperluan yang kami rasa perlu anda bawa:
- Pakaian Casual (2 atau 3 pasang) – untuk sesi suai kenal, forum, slot-slot dan bengkel
- Pakaian Sukan (termasuk kasut) – untuk sesi riadah dan team building
- Toiletries & Tuala
- Pen dan buku catatan
- Sleeping bag/selimut (jika ada) – optional
- Bantal – optional
- Ubat-ubatan – jika anda ada masalah kesihatan yang perlu dijaga
- apa-apa yang dirasakan perlu
Sekian dulu dari kami. Diharapkan informasi ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan untuk tiba di Program Semai Mesra dengan selamat, insyaAllah. Jika ada apa-apa kemusykilan atau sebarang pertanyaan lagi yang tidak dijawab oleh email ini, boleh email kepada kami atau menghubungi wakil-wakil kami
Norzafry 019-6611783 atau Aishah 019-6611782
Semoga bertemu kita di Program Semai Mesra!
Wassalam.Semai Mesra Committee
"Langkah Bermula"
di bawah adalah tentatif program
di bawah adalah video promo utk prog ni
menarik dan best
http://www.youtube.com/watch?v=qonl7CNwBns&feature=player_embedded
utk pelajar2 kmb yang berminat
sila sahkan kedatangan anda kepada
asyriq helmi -0126066657
hanis fozi -0132007015
kepada yg tidak fly ke oz or nz
anda juga dijemput utk join
pengisiannya adalah persiapan utk ke oversea
jadi semua bolej join
ajk kwn2
dan jom ke sana!!!!
Posted by hanis fozi at 8:00 PM 0 comments
Wednesday, December 30, 2009
aku hanya bergurau
dalam kehidupan seharian kita ini
pasti tidak terlepas dgn gurau senda
berjenaka dengan rakan2
jenaka ini amat baik sekali kerana
dengan jenaka ini
sedikit sebanyak membantu
merapatkan hubungan antara sesama kita
gurau senda itu sesuatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperolehi kesejahteraan, ketenangan dan terlepas daripada keresahan dan ketegangan.
secara tidak lansung membantu kita utk relax sebentar
yela..tak kan nak serius je sepanjang masa kn
nanti orang kata kita tiada sense of humour pula kn
tetapi secara tidak sedar
kadang2 kita memasukkan unsur penipuan dlm jenaka kita
kerana kita mmg mahu org gembira..dan tiada apa pada masa itu yg boleh dijadikan bahan jenaka
jadi kita menipu sedikit..mereka sesuatu bertujuan utk berjenaka
ayt biasa yang kita akan sebut
"aku main-main jela tadi"
"hehe..saja je main-mainkan kau..nk hilgkn suasana serius ni je"
“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta."
riwayat muslim
“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”
riwayat tarmizi
kedua-dua hadis ini jelas menunjukkan bahawa tidak dibenarkan menipu walaupun sekadar utk menggembirakan orang lain
kerana mungkin dengan penipuan itu akan menyebabkan orang tidak mempercayai kita lagi
yela..mmg la gurauan itu penting
even dalam satu suasana yang tegang yang menyebabkan kita rasa perlu utk berjenaka
jadi kita pun mereka-reka satu jenaka
hanya bertujuan untuk menceriakan keadaan
then benda ni akan jadi kebiasaan
mula menipu sedikit2
akhirnya jika dah terbiasa menipu
sush sedikit orang nk percaya kita
aku takde lah kata akan hilang kawan
orang maybe akan suka jika kita selalu berjenaka
cuma akan hilang kewibawaan kita
dalam urusan2 serius
orang akan susah mempercayai kita
“aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”
riwayat abu hurairah
nabi juga suka bergurau..digambarkan nabi itu juga sebagai orang yang kelakar
Al-Hassan berkata “Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu bekata “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah supaya aku dapat masuk syurga.
Maka Rasulullah bersabda “Wahai Ibu Fulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga"
Al-Hassan berkata "Lalu menangislah si perempuan tua itu"
Maka dengan segera Rasulullah bersabda Katakan kepada perempuan itu, bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua. Lalu dibacakan firman Allah Ta‘ala yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.”
riwayat at-tirmidzi
Dalam satu peristiwa yang lain lagi bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam telah bersenda gurau dengan memanggil ’Anas Radhiallahu ‘anhu orang yang memiliki dua telinga.
Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “Wahai orang yang memiliki dua telinga.”
riwayat at-tirmidzi
Di dalam hadits ini Rasulullullah memanggil ‘Anas Radhiallahu ‘anhu dengan “dua telinga” bermaksud orang yang mendengar dengan bersungguh-sungguh dan memberi perhatian apa yang dicakapkan kepadanya.
mgkin cerita-cerita ini agak common..tp still..cerita ini sangat memberi pengajaran
bahawa rasulullah juga bergurau..namun dia tidak mereka-reka gurauan itu
apa yang baginda cakapkan hanyalah yang benar semata-mata
masya-Allah
bagaimana pula dengan kita??
jadi..berwaspadalah apa yang kita perkatakan seharian
kerana mgkin penipuan yang kita lakukan itu
akan memberatkan timbangan kejahatan kita
kita mmg akan gembira mendengar jenaka2
kita juga suka gelak-gelak smpai cramp perut
perkara-perkara ini sangat meyukakan hati
kerana mmg fitrah manusia ingin mencari hiburan
dan menyukakan diri
cuma kdg2 kita perlu sedar
agama islam tidak menggalakkan kita bergurau senda secara berlebihan
atau bergurau terhadap perkara yang sia-sia
kerana gurauan akan membuatkan kita ketawa berlebihan
dan boleh menyebabkan hati menjadi keras
dan utamanya melalaikan dari mengingati Allah
boleh bergurau..tp agak-agak la sedikit
Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”.
riwayat at-tirmidzi
(ada satu lagi cerita..lagi menarik..tp tidak tahu isi penuhnya..akan dipastikan dan akn dipostkn kembali.iA)
allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa
Posted by hanis fozi at 5:56 PM 2 comments
Tuesday, December 29, 2009
setiap manusia ada warna-warni nya
dalam dunia ini banyak ragam manusia yang kita sush nk faham..lagi2 antara jantina yg berlwnn jenis
antara lelaki dan perempuan
sush utk memahami kaum hawa ni
utk memahami dah sush
apalagi utk menyukakan mereka
adik aku pernah ckp
"perempuan ni xsush, just say smething nice to them, puji sedikit2"
tp bagi aku..perlu ke aku puji mereka2 itu
"baju kau ni nmpk lawa la bila kau pakai begini"
"tahniah ye sbb lulus peperiksaan itu"
"wah, berseri2 nmpk harini"
apakah ini semua??
perlu ke aku buat begitu kpd bkl isteri org lain??
sedaya upaya aku cuba utk menghormati mereka
meletakkan mereka ke thp tertinggi
memuliakn mereka sebagai seorg muslimah yg bukan milik aku
mereka milik mujahid lain
"hmm..tak pe la, puji bkn ada mksud pn..kwn2..biasalah tu"
yela..mmg takde mksud pn..tp apa kesudahannya
mula mesej2...
aku jarang mesej dgn muslimah2 yg bukan milik aku ini smpai larut mlm
kalau ada pn ats urusan kerja or something important
nmpk poyo??
nmpk mcm aku je yg betol??
well..ni blog aku..so aku tulis ikut suka hati aku..haha
hmm
actually..aku tak bermaksud begitu
cuma aku keliru..di mana sempadannya
batasan antara lelaki dan perempuan
bantu aku utk mengenal pasti sempadan itu...
melihat kepada perwatakan adik aku
aku melihat perempuan ini suka dimanjakan
melalui teman wanita aku
aku melihat perempuan ini seorang yg suka meluahkan perasaan
melalui kakak aku
aku melihat perempuan ini suka bertindak tanpa memikirkan apa yg akan jadi selepas ini
melalui ibu aku
aku melihat perempuan ini jiwanya penyayang
melalui nenek aku
aku melihat perempuan ini seorang yang mengambil berat
melalui rakan2 seperjuangan aku
aku melihat perempuan ini..........................................
aku melayan adik aku sebagai seorang adik
aku memanjakan dia, aku belikan dia hadiah2 dan aku puji segala sifat baik yang ada pada dia
begitu juga yang lain2
dan aku melayan rakan2 seperjuangan aku sebagai diri mereka
dan tidak lebih dari itu
walaupun kdg2 aku bersikap kasar dan tidak endah
berkata2 pn hanya sekadar apa yang ditanya
tidak pernah aku wishkn apa2 yg mereka hrpkn
tidak pernah mndengar mslh mereka
tidak pernah memuji-muji mereka
mgkin orang akn katakn aku ego
biarkanlah
aku bangga dengan panggilan itu
kerana itu hanyalah satu cara
utk aku memuliakan mereka sebagai seorang muslimah
cara aku utk menghormati mereka
utk aku menunjukkan bahawa seorang muslimah yg baik itu hanya dpt disentuh jasadnya dan hatinya oleh mereka yg benar2 layak utknya
perempuan itu ibarat epal merah yang tinggi
dia mengasingkn dirinya di tempat tertinggi
dan aku pinta jgnlah jatuhkan martabat kamu
utk mendengar pujuk rayu lelaki2 yg sementara itu
utk meluahkan perasaan kpd lelaki2 yg tidak berusaha itu
utk berkongsi mslh dgn lelaki2 yg sudah sedia byk mslh sndiri
kaum hawa mampu utk membuat apa2 yg mereka ingini
di sampingnya..seorang mujahid yg benar2 layak utknya
yg akn mndengar segala mslh mereka
yg akn memujuk rayu mereka tnpa mengenal penat jemu
yg sama2 akn berkongsi perasaan ingin dirasakn dunia ini hanya milik kamu berdua
hingga saat itu..bersabarlah hawa
pendamkn semua perasaan itu
pendamkn segala keinginn itu
kerana apabila tiba masanya
anda bertemu mujahid anda
meluahkan segala itu akn rasa manisnya
tp jgn slh anggap pula
tidak bermaksud tiada komunikasi antara adam-hawa
hanya bersandarkan perkara2 utama
bukannya bermain dgn kata2 jenaka
yg tujuannya hanya ingin menghiburkan hati yg lara
-jenaka juga boleh dilakukn jika jenaka itu bersifat umum..tidak ditujukan kpd individu2 spesifik-
aku pn tak tahu knp aku tulis bnda2 mcm ni..
hanya ingin memberi nasihat kpd adik kesayangan
dan rakan2 seperjuangan
situasi 1
adam dan hawa berkomunikasi dlm telefon bimbit utk mmbincgkn tentg urusan meeting yg terpaksa ditangguhkan
adam : "salam, meeting kita jadi ke?" (via sms)
hawa : "salam, xdpt lah mlm ni..mlm lain boleh?" (via sms)
adam : hmm..cmne nk reply blk ni ye..tak nak lebih2 pula..tak nak nmpk macam tiada perasaan
pula..reply ok jela
"ok." (via sms)
hawa : dia ni macam tak suka kat aku je..reply pun pendek2..at least bagi tahu la bila boleh buat
meeting semula.
adam masih rasa bersalah,
"mcm ringkas sgt je msj tadi tu..dia tak terasa ke?ish, apa aku kena buat ni"
hmm..malas dah la nk fikir..benda2 remeh macam ni
-dlm situasi ini, adam sepatutnya tidak meninggalkan pesann secara ringkas begitu, at least dipnjgkn sedikit supaya tidak menimbulkn tanda tanya kpd pihak yg satu lagi
cthnya - "ok..kita tangguhkan minggu depan..ok?"
walaupn isinya sama..msj hawa sudah jelas menunjukkan bahawa meeting tidak dpt dijalankan dan perlu ditunda.jadi balasan "ok" sebenarnya sudah memadai kn..tetapi penambahan
"ok..kita tangguhkan minggu depan..ok?" akn mmbuatkn pihak hawa tidak berkecil hati
supaya dua2 akn selesa..mesej smpai dan hubungan kerja tidak terjejas..alhamdulillah
dan hawa pula..jgnlah mencampur adukkan emosi dgn kerja..please be profesional..
situasi 2
adam berada dlm satu kelas yg sama dengan hawa..hanya mereka berdua..masing2 sibuk membuat urusan sendiri
tiba2 adam terperasan bahawa hawa sedang bersedih
lalu kerana simpati dan ingin tahu adam bertanya
adam : "hei..sedih je nmpk..baru clash dgn teman lelaki ke?"
hawa : "hmm.takdelah..sedih sbb tak dpt blk hujung minggu ni..rindu kat mama"
adam : ek eleh..itu pn nk sedih ke?rilek la..minggu depan nk cuti sem dah kn
-dialog "hei..sedih je nmpk..baru clash dgn teman lelaki ke?" tidak diperlukan dlm situasi ini kerana hanya bertujuan ingin bergurau dan tidak mendatangkn apa2 faedah..hanya ingin menyukakan hati hawa..sepatutnya terus bertanya direct "muka kamu nmpk sedih..ada mslh ke?" tanpa perlu apa2 gurauan..dan selepas dia sudah menyatakn masalahnya..sedaya upaya cuba utk selesaikn (bg pndpt)..dan selepas itu tamat disitu
situasi 3 (serupa tapi x sama)
adam berada dlm satu kelas yg sama dengan hawa..hanya mereka berdua..masing2 sibuk membuat urusan sendiri
tiba2 adam terperasan bahawa hawa sedang bersedih
lalu kerana simpati dan ingin tahu adam bertanya
adam : "hei..sedih je nmpk..baru clash dgn teman lelaki ke?"
hawa : "hm..aah..adam kenapa lelaki itu bla2..."
adam : "kenapa kau gaduh dgn boy friend ke?"
hawa : "aku tak fahamlah lelaki ni....bla2" (dialog tak diketahui kerana tak pernah berckp tntg bnda2 ni dgn perempuan)
adam : "ha..iye..dia buat mcm tu?lagi-lagi?"
hawa : "bla2...."
adam : "ceritalah lagi...ish2..xpatut betul dia buat begitu"
-dl situasi ini adam sepatutnya tidak bertanya lagi apabila hawa menceritakan masalah yang berkaitan urusan peribadinya..tidak patut rasanya lelaki dan perempuan berkongsi perasaan, saling meluahkn masalah yg berkaitan hati dan jiwa..dlm situasi ini hawa sepatutnya hanya meluahkan perkara2 sebegini dengan kaum hawa juga..atau kalau nk kaum adam juga..kongsilah dgn ayh anda..adam sepatutnya hanya mencadangkn beberapa idea utk mengatasi mslh hawa dan cukup sekadar itu..dan jika hawa ingin bercerita lagi mengenai masalah peribadinya yang dirasakn sudah tidak ada kaitan dgn adam..secara hormat, reka alasan yg munasabah dan pergi dari situ dan seboleh-bolehnya elakkan dari berdua-duaan dengan hawa itu tadi
situasi 4
adam dan hawa berkerja dlm satu pejabat yg sama..hawa tidak pandai menguruskan sesuatu perkara ( software)..jadi dia bertanya kepada adam
hawa : "adam..mari sini skjp..aku tak berapa pandai la nk pakai adobe photoshop ni..tlg ajar aku"
adam : "ok..mari sini aku ajarkn"
selepas beberapa hari
adam : "hawa, yg aku ajr hari tu ok x?faham cara nak guna?"
hawa : "dah faham dah..terima kasih sebab ajar hari tu"
adam : "sama-sama"
-dlm situasi ini, bolehlah jika adam ingin membantu hawa membuat sesuatu yg tidak diketahuinya..hanya bersandarkan kerja semata2..dan selepas itu..bolehlah jika ingin bertanya lagi sama ada dia fhm atau tidak..bolehlah follow up..dan selepas itu tak payahlah gatal nk ajar bnda2 lain pula yg tidak diminta oleh hawa..
ada 4 situasi je yg aku boleh kongsi
sbb aku pn tak berapa pndai hal2 perempuan ni
apa yg ditulis hanya pendapat individu
dan dirujuk pendapat2 pakar
tetapi secara general bkn hasil tgn ulama
hanya coretan seorang individu yg mgkin ada silapnya
maaf jika bahasa yg digunakan kasar atau menyinggung perasaan
dlm proses mencari reda ilahi
betulkn jika ada slh
maaf sekali lagi
allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa
Posted by hanis fozi at 5:48 PM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
kekasih separuh masa
Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Karena kita sudah punya
Teman istimewa
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih
Daripada itu
antara dunia dan akhirat
hendakkan dunia, akhirat jgn luput
hendakkan akhirat, dunia jgn ditinggalkan
perlu seimbang antara kedua-duanya
nazri pernah ckp dgn aku
"jgn kejam kepada diri sendiri"
luangkan sedikit masa utk mnikmati dunia
(juz utk bnde2 yg befaedah jela)
jgn pula kita mengatakan hidup kita hanya di dunia ini sahaja
Dan tentu mereka akan mengatakan "Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini saja dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan"
surah al an'aam : 29
tetapi dunia ini penting utk menjadi tempat mengukur keimanan kita
disediakan dunia ini dengan penuh dugaan kerana untuk menguji kita
adakah kita dapat melaluinya dgn iman dan takwa dlm diri???
jwblah sendiri
Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan
surah hud : 16
ya allah, letakkanlah dunia ini ditanganku, bukan di hatiku
tp walau apapun yg kita lakukan di dunia ini
kita niatkan utk Allah
niatkan utk kesenangan akhirat
dengan itu kita akn mndpt keduanya sekaligus
2 in 1..sng kn
Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.
surah syuura : 20
SaHabat IbmrAbbas ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: "Empat perkara, barangsiapa memilikinya bererti dia mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat: Hati yang selalu bersyukur, lisan yang selalu berzikir, badan yang sabar dikala mendapat musibah, dan istri yang dapat menjaga kehormatan diri serta dapat menjaga harta suami."
HR. Thabrani dalam kitab Al-Kabir dan Al- Ausath
- hati yang selalu bersyukur
- lisan yang selalu berzikir
- badan yang sabar dikala mendapat musibah
- isteri yang dapat menjaga keormatan diri serta dapat menjaga harta suami
insyaAllah
allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa
Posted by hanis fozi at 3:01 PM 0 comments
jangan takut
" dan apa yang ada di tangan kananmu itu, wahai musa?"
nabi musa menjawab "ini adalah tongkatku, aku tekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul
dengannya daun-daun kayu untuk kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain
keperluanku pada tongkat itu."
Allah berfirman "campakkanlah tongkatmu itu wahai musa!"
lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar
Allah berfirman "tangkaplah dia dan janganlah engkau takut, kami akan mengembalikan kepada keadaan yang asal"
dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat, sebagai satu mukjizat
surah taha : 17-22
dalam kehidupan seharian, kita pasti akan bertembung dengan pelbagai dugaan. tidak kira dugaan itu besar atau kecil. pelik atau aneh..kita perlu untuk mengadapinya.
kita manusia, diberikan akal utk memikirkan jalan keluat terbaik utk permasalahan kita
"no mess is too messy"
setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya..dan kita perlu berdepan dengan permasalahan itu untuk melihat sinar di hujungnya
kalau kita lari pasti kita akn kehilngn peluang utk melihatnya sekali lagi
bagaimana diceritakn dalam kisah nabi musa
apabila ditanyakan apa yang dipeggnya
nabi musa dgn yakin mnjawab.."ini adalah tongkatku dan menceritakan pelbagai kegunaannya"
apabila Allah memerintahkannya mencampakkan tongkat itu, lalu tongkat itu menjadi ular ; menjadi mudarat kepada nabi musa (walhal tongkat itu kepunyaan nabi musa dan mempunyai banyak kegunaan)
-tidak semua barangan milik kita akn terus memberi mnfaat kepada kita-
nabi musa takut dan ingin lari, namun Allah mengajar nabi musa supaya jangan takut dan lari serta menangkap ular itu pada bahagian kepalanya
-kita perlu berdepan dengan setiap permasalahan kita kerana setelah kita mengahadapinya, kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya-
(dalam peristiwa nabi musa, setelah baginda berdepan dengan masalahnya, baginda menjadi lebih berani)
allahualam
p/s : hanya mengingatkan jika ada yang terlupa
Posted by hanis fozi at 12:20 AM 0 comments


